Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
matepad pro 5g

Tablet Dengan Rangkaian 5G, Huawei MatePad Pro 5G Dijual Berharga RM3299 Di Malaysia

Diterbitkan Jun 20, 2020 ยท Dikemas kini Jun 21, 2020 oleh Meor Hasyim

Huawei Malaysia kini telah mula menjual tablet terkini mereka yang dilengkapi dengan rangkaian 5G, Huawei MatePad Pro 5G Di Malaysia. Ia berharga RM3,299 dan boleh dipra-tempah mulai 26 Jun 2020 ini.

matepad pro 5g

Hanya terdapat satu varian warna sahaja yang ditawarkan buat masa ini iaitu Forest Green. Bersama-sama dengan pembelian, anda akan mendapat langganan percuma Huawei Video selama 3 bulan serta storan awan Huawei Cloud 50GB untuk 12 bulan.

Aksesori tambahan seperti Smart Magnetic Keyboard dan M-Pencil adalah dijual berasingan, masing-masing RM499 dan RM299. Namun anda boleh mendapatkan M-Pencil secara percuma jika membeli Smart Magnetic Keyboard tersebut.

Mengimbas kembali, Huawei MatePad Pro 5G hadir dengan paparan 2K QHD (2560×1600) dalam panel IPS. Ia dijana cip Kirin 990 5G, 8GB RAM serta storan dalaman bersaiz 256GB.

Selain rangkaian 5G, tablet turut dilengkapi dengan 4 pembesar suara dari Harman Kardon, bateri sebesar 7,250mAh menyokong pengecasan pantas 40W Huawei Supercharge serta tanpa wayar 27W. Seperti kebiasaan, tablet ini hadir dengan sokongan HMS sepertimana peranti-peranti Huawei lain.

Walaupun diakui rangkaian 5G masih dikatakan ‘tiada’ dalam Malaysia, tablet ini diposisikan sebagai tablet pertama dengan rangkaian 5G. Jadi jika 5G telah mula dikomersilkan kelak, rangkaian tersebut boleh mula digunakan secara terus.

Untuk anda yang mahukan tablet ini dengan harga sedikit rendah, namun tiada 5G, anda boleh membeli Huawei MatePad Pro yang berharga RM2,399.

Beli Huawei MatePad Pro 5G di:
Lazada: https://invol.co/clpdw6

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY