Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Telekomunikasi Jangan Memilih Atau Bahagi Kawasan Liputan – MenKOMM

Syarikat Telekomunikasi Jangan Memilih Atau Bahagi Kawasan Liputan – MenKOMM

Diterbitkan September 11, 2022 ยท Dikemas kini September 11, 2022 oleh Amalina Athman

Memetik laporan Bernama, penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telco) di negara ini diingatkan supaya tidak memilih atau membahagikan kawasan liputan sesama mereka, sebaliknya memberikan perkhidmatan secara sama rata di semua kawasan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa berkata langkah ini penting bagi memastikan semua penduduk di kawasan berkenaan memperoleh kualiti perkhidmatan yang sama rata walaupun melanggan perkhidmatan telekomunikasi yang berbeza.

Berkaitan

  • 1,000 Sekolah Akan Terima 5G, DNB Dan MCMC Sedia Jalin Kerjasama
  • Tidak Perlu Pulang Balik, Tablet Diberi Terus Kepada Penerima PerantiSiswa - PM
  • DNB Sasar 40% Liputan Rangkaian 5G Menjelang Akhir Tahun Ini

Sebagai contoh, jika berlaku situasi yang mana sebuah kawasan hanya mempunyai perkhidmatan telekomunikasi tertentu sahaja, ia akan merugikan penduduk di kawasan itu kerana mempunyai ruang yang kecil dalam memilih perkhidmatan terbaik.

Menurut Menteri, semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tanggungjawab yang sama untuk masuk ke semua kawasan dan tidak mencari kawasan lain jika mendapati ada syarikat lain yang telah masuk ke kawasan berkenaan. Jika itu berlaku, ia dilihat seolah-olah membahagikan kawasan.

Bagi merealisasikan usaha itu, syarikat telekomunikasi perlu memanfaatkan teknologi menara telekomunikasi terkini yang membolehkan syarikat berbeza menyediakan perkhidmatan mereka dengan hanya menggunakan satu menara.

Sebagai tambahan, Annuar mengatakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi juga seharusnya memikirkan soal kemanusiaan dalam menyediakan perkhidmatan.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY