Laundroid, sebuah mesin pelipat pakaian berkuasa AI yang dibangunkan oleh syarikat Seven Dreamers dari Jepun mencuri tumpuan ramai ketika itu.
Malangnya, ia hanya mampu mengambil perhatian ramai namun gagal mengambil wang mereka apabila dikatakan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Ia sekaligus menyebabkan syarikat yang pernah menjalinkan kerjasama bersama Panasonic dan Daiwa House itu kini diambang bankrap.
https://youtu.be/RSBWgWThNHo
Memetik laporan The Verge, CEO-nya Shin Sakane bercadang untuk menawarkan Laundroid dengan harga bawah $2000 berbanding harga $16000 ketika CES 2018 tahun lepas.
Namun, mereka kini dikatakan dihimpit masalah hutang yang sangat tinggi iaitu lebih daripada $20 juta kepada 200 kreditor berbeza.
Ketika prototaip Laundroid diuji oleh The Verge, kemeja-T yang dimasukkan dikatakan telah tersangkut di dalam mesin berkenaan dan mengambil masa sehingga 15 minit untuk dikeluarkan.
Bagi tempoh melipat pakaian pula, ia dikatakan memerlukan sehingga 5 ke 10 minit untuk melipat sehelai kemeja-T. Pesaingnya, Foldimate pula didakwa hanya memerlukan 5 saat untuk melakukan tugasan yang sama.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Tiga Warna Cerun Oppo F9 Bakal Mencetus Perubahan Pada Trend Warna Telefon Pintar
- Ketahui Keupayaan Sebenar Snapdragon 855, Sistem Cip Terpantas Masa Kini
- India Pula Bakal Menjadi Tuan Rumah Kepada Mobile World Congress (MWC)
- Jaket Pintar Levi's Ini Akan Beri Amaran Kepada Anda Jika Meninggalkan Telefon Pintar
- OPPO Akan Tampil di MWC 2017 Dengan Teknologi Fotografi '5X'
- Teknologi GPU Turbo Dari Huawei Bakal Terima Pesaing Baharu
- #MWC2019 Nubia Alpha - Jam Tangan Pintar Yang Boleh Menangkap Swafoto Kini Dilancarkan
- Samsung Berdepan Kerugian Sehingga RM 24.14 Billion Disebabkan Penjualan Teknologi Skrin
- LG V40 Bakal Menjadi Telefon Pintar Dengan Lima Kamera Pertama Di Dunia
- Huawei Terima Jemputan India Untuk Adakan Percubaan Teknologi 5G