Kini, selepas hampir tiga tahun, peranti tersebut akhirnya bakal ditawarkan kepada pengguna secara rasmi. nubia Alpha atau "nubia α" telah pun diperkenalkan semasa acara MWC2019 di Barcelona baru-baru ini.
https://youtu.be/CupF_rXP-68
Ia dilengkapi dengan skrin OLED boleh lentur 4-inci yang disokong cip pemprosesan Snapdragon Wear 2100, memori 1GB RAM serta simpanan dalaman sebesar 8GB.
Malah, peranti ini juga dilengkapi dengan kamera 5MP f/2.2 yang membolehkan tangkapan swafoto dilakukan selain turut membenarkan pengguna untuk membuat panggilan video atau merakam video.
nubia Alpha ini dikuasakan oleh bateri berkapasiti 500mAh serta dijalankan dengan sistem operasi yang dibangunkan khas oleh pihak nubia.
Dalam pada itu, peranti ini turut mempunyai fungsi-fungsi asas yang dimiliki jam pintar lain seperti fungsi kecergasan, pengesan nadi, GPS, membalas mesej dan sebagainya.
Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam serta bersalut 18K emas. Selain itu sebuah variasi yang menyokong fungsi eSIM juga turut diperkenalkan sekaligus membolehkan jam tersebut membuat panggilan.
nubia Alpha ini akan mula dipasarkan di China pada bulan April dengan harga€450(~RM2,086) untuk warna hitam sahaja, €550(~RM2,550) untuk model eSIM dan €650(~RM3,013) untuk model bersalut emas.
Jam tangan pintar tersebut akan turut ditawarkan di pasaran Eropah pada suku ketiga tahun ini manakala Amerika Utara pada suku terakhir.
Kami ketika ini berada di Barcelona untuk acara MWC2019. Ikuti kami untuk berita dan liputan seterusnya melalui #MWC2019 di laman sesawang Wiser.my dan Facebook.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Samsung Buka Kilang Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Di Dunia
- Xiaomi Hilang Status Sebagai Jenama Telefon Pintar Paling Popular Di India Kepada Samsung
- Huawei P20 Pro Mungkin Bakal Hilang Status Sebagai Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik
- Sharp Mempamerkan Telefon Pintar Tanpa Bezel Pertama Di Dunia
- Maxis Hadir Dengan Telefon Pintar Mereka Sendiri Next M1 Bersama Bayaran Bulanan Serendah RM78
- LG V40 Bakal Menjadi Telefon Pintar Dengan Lima Kamera Pertama Di Dunia
- Google Mengesahkan Bakal Perkenalkan Dua Jam Pintar Android Wear 2.0 Tahun Hadapan
- nubia Red Magic 3 Dijangka Tampil Dengan Snapdragon 855, Bateri 5000mAh
- Tali Pinggar Pintar Jenama Welt Dari Samsung Disenaraikan Dalam Kickstarter
- Beli Telefon Pintar OPPO, Anda Berpeluang Menangi RM10,000 Melalui Festive Night Run