Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jaket Pintar Levi’s Ini Akan Beri Amaran Kepada Anda Jika Meninggalkan Telefon Pintar

Jaket Pintar Levi’s Ini Akan Beri Amaran Kepada Anda Jika Meninggalkan Telefon Pintar

Diterbitkan Disember 10, 2018 oleh Haikel Areff

Sering tertinggal telefon anda ketika keluar dari rumah? Masalah anda mungkin akan selesai tidak lama lagi.

Ini kerana Levi’s telah bekerjasama dengan Google dalam menghasilkan Commuter X Jacquard, satu gabungan jaket dan aplikasi yang akan memberi amaran kepada pemakai sekiranya meninggalkan telefon.

Kerjasama antara siri jaket Commuter keluaran Levi’s dan aplikasi Jacquard ini telah hasilkan buat kali pertama pada dua tahun lepas. Namun sebelum ini ia hanya menyokong dua fungsi iaitu “Illuminate” dan “Find Your Phone”.

Jaket Pintar Levi’s Ini Akan Beri Amaran Kepada Anda Jika Meninggalkan Telefon Pintar
Android Police

Menerusi fungsi “Always Together” terbaru ini, telefon pintar anda akan berbunyi dengan tahap bunyi terkuat selama 30 saat jika ia mengesan pemakai hampir meninggalkannya.

Untuk menikmati fungsi ini, pemilik jaket Levi’s Commuter ini boleh memuat-turun aplikasi atau kemaskini terbaruĀ Jacquard di Google PlayStore.

Jaket Commuter X Jacquard ini dijual pada harga $350 di pasaran US, namun malangnya, kami gagal untuk mengesan pengedar tempatan bagi jaket ini di Malaysia.

 

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
©2026 WISER.MY