Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
India Pula Bakal Menjadi Tuan Rumah Kepada Mobile World Congress (MWC)

India Pula Bakal Menjadi Tuan Rumah Kepada Mobile World Congress (MWC)

Diterbitkan Mac 6, 2017 · Dikemas kini Mac 6, 2017 oleh Haikel Areff

Mobile World Congress atau lebih dikenali sebagai MWC merupakan pameran gajet terbesar di dunia. Setiap tahun. acara ini akan berlangsung di Barcelona pada bulan Februari dan di Shanghai, China pada bulan Jun-Julai.

Harini ini India mengumumkan mereka bakal menjadi tuan rumah ke-3 untuk acara MWC yang bakal dijadualkan berlangsung pada 27 September di Pragati Maidan di New Delhi selama 3 hari dan dijangka menyaksikan penyertaan daripada syarikat telefon pintar dan teknologi seperti Facebook, Huawei, Ericsson, Cisco dan banyak lagi.

Walaupun MWC di Barcelona memberi tumpuan kepada pasaran Antarabangsa, namun acara di Shanghai lebih tertumpu kepada pasaran China sahaja. Oleh sebab itu penganjuran MWC di India akan lebih menumpukan kepada pasaran Asia Tenggara. India telah menjadi salah satu daripada pasaran telefon pintar terbesar di dunia dan peluang menganjurkan acara MWC di India ini merupakan batu lonjatan untuk ke peringkat seterusnya.

“Ketika ini kami telah menjemput beberapa syarikat tempatan untuk menyertai acara ini. MWC di India akan memfokuskan perkongsian pengetahuan, pameran, start-up dan pembangunan kemahiran” Kata Ketua Pengarah COAI di India hari ini. Beliau juga berharap MWC dapat membantu merangsang perkembangan teknologi di India yang sedang berkembang pesat.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY