Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Pengeluar Barangan Sukan Dan Fesyen Berjenama Diserang Ransomware

Syarikat Pengeluar Barangan Sukan Dan Fesyen Berjenama Diserang Ransomware

Diterbitkan November 10, 2019 oleh ariff bukhari

Rangkaian jenama seperti Quiksilver, Billabong dan DC Shoes terjejas dengan serangan ini.

Boardriders, syarikat induk yang mengeluarkan pelbagai barangan sukan dan fesyen berjenama terkenal seperti  Quiksilver, Billabong, ROXY, RVCA, DC Shoes dan Element telah menjadi mangsa serangan ransomware.

Serangan tersebut sekaligus menjejaskan rangkaian produk keluaran mereka sehingga memaksa syarikat tersebut menutup sistem komputer yang terjejas di seluruh dunia.

Boardriders memaklumkan, serangan tersebut menjejaskan sebahagian sistem komputer mereka dibeberapa pasaran utama mereka.

“Our IT teams have been working to quickly restore our systems to support our operations, which are now largely transacting and shipping normally.”

Walaubagaimanapun, pihak Boardriders tidak mendedahkan lebih lanjut bentuk serangan penggodaman yang berlaku tetapi ia dipercayai berpunca daripada serangan ransomware.

Berikutan serangan ini juga, tempahan barangan untuk dihantar kepada pembeli akan menyebabkan berlaku kelewatan menurut sumber yang mengetahui akan isu ini.

“They have been in a world of pain. Staff haven’t even been able to turn on their com­put­ers and have been banned from us­ing them un­til the whole IT sys­tem is cleaned”

Boardriders mempunyai lebih daripada 10 ribu orang pekerja di lebih 110 buah negara.

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY