Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g cell tower

Syarikat Penerbangan Batalkan Penerbangan Ke AS Sebab 5G

Diterbitkan Januari 19, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sejak beberapa bulan lepas, ‘pertengkaran’ antara syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat dan industri penerbangan berkaitan C-band 5G telah menyebabkan penundaan pelaksanaan 5G di sekitar lapangan terbang.

Terbaru, beberapa syarikat penerbangan luar AS seperti Emirates, Air India, All Nippon Airways, and Japan Airlines telah mengeluarkan kenyataan mereka membatalkan penerbangan ke beberapa kawasan di AS akibat C-band 5G ini.

Japan Airlines mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menggantikan pesawat Boeing 777 yang dipercayai terjejas akibat C-band dengan Boeing 787,

“Boeing has notified us that 5G signals for U.S. mobile phones, which will begin operating in the U.S. on January 19, 2022, may interfere with the radio wave altimeter installed on the Boeing 777.

We have decided not to use this aircraft-type on the U.S. mainland routes until safety is confirmed, and we regret to cancel the flight that cannot be changed to Boeing 787.”

Bermula 19 Januari 2022 (waktu AS), Emirates membatalkan penerbangan ke Boston, Chicago, Dallas-Fort Worth, Houston, Miami, Newark, Orlando, San Francisco dan Seattle namun penerbangan ke New York JFK, Los Angeles (LAX), and Washington, DC (IAD) masih diteruskan.

Seperti dilaporkan sebelum ini, antara kebimbangan syarikat penerbangan ialah rangkaian C-band 5G akan menjejaskan peralatan kapal terbang seperti altimeter dan lain-lain.

Wakil AT&T berkata mereka kecewa dengan FAA (Federal Aviation Administration) yang tidak mampu melakukan apa yang 40 negara lain telah lakukan di mana 5G dilaksanakan tanpa mengganggu perkhidmatan penerbangan.

Sumber: CNN

Baca juga:

  • TM Tangguh 5G, Tak Jadi Lancar Bulan Depan
  • YES Tawar Kad Sim 5G Percuma Mulai Hari Ini
  • Ini Telefon Yang Menyokong 5G Di Malaysia Buat Masa Sekarang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • UM, UiTM Dan UTHM Berkerjasama Kaji Penentuan Waktu Solat Lebih Tepat Di Selangor
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY