Sebelum ini, Kenanga Research ada menyatakan bahawa pelaksanaan 5G di Malaysia adalah perlahan. Selain rundingan bersama pengendali rangkaian mudah alih (MNO) masih berjalan, peranti yang menyokongnya juga adalah terhad.
Sekarang, hanya beberapa kawasan sahaja yang dilengkapi tapak 5G langsung. Bagi peranti yang menyokong rangkaian 5G DNB ini pula, tidak banyak yang boleh menikmatinya lagi.
Oleh itu, sekiranya anda mahu mencuba sejauh mana pegalaman 5G di Malaysia, ini adalah senarai peranti yang menyokong 5G buat masa sekarang.
- HONOR – HONOR 50
- Huawei – Mate 30 Pro 5G, Mate 40 Pro, Mate XS, nova 7, nova 7SE, P40, P40 Pro, P40 Pro+
- Nokia – Nokia X20
- OPPO – A74 5G, Find X2, Find X2 Pro, Find X3 Pro, Reno5, Reno5 Pro, Reno6, Reno6 Pro, Reno6 Z
- realme – realme 7 5G, realme 8 5G, realme GT Master Edition, realme GT Neo 2, realme X50 Pro, realme X7 Pro
- vivo – V20 Pro, V21, V21 5G, V23 5G, V23e 5G, X50, X50 Pro, X70, X70 Pro, Y76 5G, X60
- Xiaomi – 10T, 11 Lite 5G NE, 11T, 11T Pro, Mi 10, Mi 10 Pro, Mi 10T Pro, Mi 11, Mi 11 Ultra, POCO F2 Pro, POCO F3, POCO M3 Pro 5G, POCO M4 Pro 5G, POCO X3 GT, Redmi Note 10 5G
- ZTE – Axon 30, Axon 30 Ultra
Pasti ada yang mencari iPhone atau Samsung bukan? Jangan bersedih. DNB menyatakan beberapa peranti lain akan mula menerima sokongan 5G ini menjelang suku pertama tahun 2022. Berikut adalah senarainya:
- Apple – iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max
- Motorola – Moto Edge 20 Pro
- Asus – ROG 5s, ROG 5s Pro, Zenfone 8, Zenfone 8 Flip
- Samsung – A22 5G, A32 5G, A42 5G, A52 5G, A52S 5G, Flip3, Fold3, M52 5G, Note 20 Ultra 5G, S20 FE 5G, S20 Ultra 5G, S21, S21+ 5G, S21 Ultra 5G
- TCL – TCL 20R 5G
Dalam pada itu, kami juga telah mencubanya menggunakan kad SIM YES. Hasil daripada ujian kami, ia belum mencapai kelajuan yang diinginkan. Mungkin disebabkan faktor lokasi. Namun, kami akan menjalankan ujian prestasi 5G ini sekali lagi di lokasi lain pula nanti.
Sumber: DNB
Baca juga: