Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g cell tower

Syarikat Telekomunikasi AS Diminta Tangguh 5G Demi Keselamatan Penerbangan

Diterbitkan Januari 3, 2022 · Dikemas kini Januari 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Bulan lalu, kami telah laporkan beberapa syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat sedia mengurangkan ‘kuasa’ pada pencawang 5G mereka selama enam bulan untuk mengelakkan gangguan pada sistem pesawat.

Minggu lalu, Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat dan ketua Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah meminta AT&T dan Verizon untuk menangguhkan rancangan pengenalan C-Band 5G yang dijadualkan pada 5 Januari ini atas kebimbangan keselamatan penerbangan.

Penangguhan ini bagaimanapun hanya untuk tempoh dua minggu sebagai sebahagian daripada cadangan penyelesaian jangka pendek untuk memajukan penggunaan 5G dalam C-Band dan operasi penerbangan yang selamat.

Terbaru, AT&T dan Verizon telah menolak permintaan tersebut. Mereka sedia untuk tidak melaksanakan 5G di sekitar lapangan terbang selama 6 bulan namun menegaskan tidak akan berkompromi dengan syarat yang lebih ketat.

Untuk makluman, C-Band ialah frekuensi antara 4GHz sehingga 8GHz. Dalam konteks 5G di Amerika Syarikat, mereka menggunakan 3.7GHz – 4.2GHz. Ia terletak antara jalur WiFi iaitu 2.4GHz dan 5GHz.

Melalui penggunaan C-Band, pengguna Amerika Syarikat dapat menikmati pengalaman menggunakan 5G yang lebih pantas dengan rangkaian yang lebih meluas berbanding sekarang.

Pun begitu, industri penerbangan dan FAA bimbang tentang kemungkinan gangguan C-Band ini  terhadap kelengkapan elektronik pesawat yang sensitif seperti altimeter radio.

Kumpulan pemain industri wayarles, CTIA menekankan bahawa rangkaian 5G adalah selamat dan spektrum ini telah pun digunakan di 40 buah negara lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur berkata, beliau menyokong cadangan penangguhan ini kerana tidak mahu merisikokan keselamatan penerbangan dengan eksperimen (5G) ini.

Sumber: Reuters

Baca juga:

  • Elak Gangguan Terhadap Pesawat, ‘Kuasa’ 5G Terpaksa Dikurangkan
  • Boleh Mula Mohon Dan Semak Untuk Terima Bantuan Keluarga Malaysia
  • Ini Syarikat ‘Telco’ Malaysia Yang Ada Kelajuan Internet Paling Laju

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY