Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g cell tower

Elak Gangguan Terhadap Pesawat, ‘Kuasa’ 5G Terpaksa Dikurangkan

Diterbitkan November 25, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Dua syarikat telekomunisasi di Amerika Syarikat, Verizon dan AT&T berkata mereka sedia mengurangkan kuasa pada pencawang 5G mereka selama enam bulan untuk mengelakkan sebarang masalah pada sistem keselamatan pesawat sedia ada.

Dalam pada itu, Federal Aviation Administration (FAA) pada masa yang sama akan terus mengkaji tentang kesan spektrum mid-band 5G pada pesawat. Pengurangan kuasa dari menara 5G ini berkuat kuasa di seluruh negara termasuk di sekitar lapangan terbang dan heliport.

Verizon dan AT&T kini dalam persediaan untuk menaik taraf spektrum 5G mereka yang diperoleh mereka dalam lelongan C-band yang membolehkan rangkaian 5G mereka diperluas secara mendadak.

Ringkasnya, ia mungkin sebab yang sama mengapa pengguna perlu mengaktifkan mod penerbangan (airplane mode) ketika menaiki kapal terbang kerana isyarat dari telefon boleh mengganggu sensor dan sistem navigasi pesawat.

FAA bagaimanapun telah memberi amaran pada juruterbang berkenaan kemungkinan gangguan daripada pemancar 5G dan teknologi lain yang boleh memberi kesan pada peralatan keselamatan mereka.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Ini Antara Telefon Yang Pernah Digunakan James Bond
  • Kerajaan Sasarkan 5G Lebih Murah Dari 4G
  • Digi Tamatkan 3G, Ini Tarikh Bagi Setiap Negeri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY