Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi Mobile Kini Menawarkan Pas Internet Tanpa Had Pada Harga RM35 Sebulan

TM Tangguh 5G, Tak Jadi Lancar Bulan Depan

Diterbitkan Januari 17, 2022 · Dikemas kini Januari 17, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sudah masuk minggu ketiga dalam Januari 2022 dan rangkaian 5G di Malaysia masih terhad bukan saja dari segi kawasan tapi juga ketersediaan daripada pihak telekomunikasi sendiri. TM dan YES antara syarikat yang telah bersetuju untuk menjalankan ujian 5G bersama DNB.

Terdahulu, TM mengatakan mereka akan mula menawarkan ujian rangkaian 5G pada umum bermula Febuari depan. Tetapi, kini TM mengumumkan mereka masih mengujinya pada peringkat dalaman dan tidak dapat memberi tarikh terperinci untuk pengguna awam pula mencubanya.

Setakat ini, YES satu-satunya syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan 5G melalui pek sim 5G iaitu YES FT5G Prepaid Discover dengan percuma sehingga 14 Febuari 2022 untuk pelanggan yang mempunyai telefon dengan sokongan 5G.

DNB terdahulu memberikan tawaran untuk syarikat telekomunikasi menggunakan perkhidmatan 5G mereka secara percuma sehingga Mac depan jika mereka menandatangani perjanjian bersama DNB namun sehingga kini masih tiada khabar berita positif berkenaannya.

Sumber: Telekom Malaysia

Baca juga:

  • Ini Telefon Yang Menyokong 5G Di Malaysia Buat Masa Sekarang
  • Perbandingan Kelajuan 4G Dan 5G Di Tiga Lokasi Berbeza
  • YES Tawar Kad Sim 5G Percuma Mulai Hari Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • UM, UiTM Dan UTHM Berkerjasama Kaji Penentuan Waktu Solat Lebih Tepat Di Selangor
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY