Cellebrite adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan nyahkunci telefon pintar untuk pihak berkuasa diseluruh dunia.
Menurut syarikat berkenaan, teknik yang baru dicipta itu boleh membantu petugas forensik mengakses kepada sistem fail untuk mendapatkan semula emel yang dimuat turun, data aplikasi pihak ketiga, data lokasi, log sistem dan ia boleh dilakukan tanpa perlu jailbreak peranti.
Difahamkan hampir kesemua model iPhone yang menjalankan sistem operasi iOS 11 boleh ditembusi melalui cara itu.
Dengan adanya crack tersebut, ia bakal memudahkan tugasan forensik pihak berkuasa Amerika Syarikat dan FBI yang mana sebelum ini mereka gagal dalam mengakses iPhone 5C kepunyaan seorang penjenayah. Penjenayah itu menembak mati 14 orang termasuk dua orang pihak berkuasa terlibat dalam kes tembakan di San Bernadino.
Diawal penyiasatan kes, pihak berkuasa Amerika Syarikat ada meminta Apple untuk memberikan akses backdoor supaya siasatan dapat dibuat keatas iPhone si penembak, tetapi Apple enggan berbuat demikian kerana takut pihak tersebut memanipulasi sistem berkenaan untuk kepentingan mereka.
Berkaitan
- Uijan Jatuh: iPhone 8 Plus VS iPhone 7 Plus
- Apple Bekerjasama Dengan Intel Untuk Melengkapkan Teknologi 5G Pada iPhone 2018
- Rakyat China Musnahkan iPhone Sebagai Tanda Sokongan Kepada Huawei
- iPhone 2018 Mungkin Tidak Didatangkan Bersama Adapter 3.5mm
- Model Baru iPhone 2017 Dilengkapi Dengan Pengecasan Tanpa Wayar
- iPhone 12 Mungkin Tiada Pengecas Tetapi Ada Kabel Lebih Tahan Lasak
- Huawei P11 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Takuk Seperti iPhone X
- CEO Apple Jelaskan Kenapa iPhone 2018 Dijual Dengan Harga Tinggi
- CEO Apple Kata Harga iPhone X Tidak Mahal
- Ini Mungkin Pembaharuan Yang Akan Dibawa Pada iPhone 11