Kini, satu lagi ura-ura timbul yang dirasakan boleh memberikan sedikit senyuman kepada peminat iPhone iaitu kehadiran kabel lebih tahan lasak. Pengeluar mungkin menyertakan kabel dari jenis braided untuk barisan telefon pintar generasi terbaharu, iPhone 12.
Menurut ChargerLAB, kabel USB-C-ke-Lightning tersebut mempunyai pengiktirafan 'Made for iPhone" dengan ukuran panjang 1.05 meter dan setebal 3.04mm. Selain tampil dengan rekaan braided, ia juga dikatakan dibina dari bahan yang lebih baik untuk penggunaan jangka masa panjang.
Ramai yang sudah maklum, kabel lightning sedia ada banyak menerima keluhan dari pengguna lantaran ia mudah rosak.
Sekiranya perkara ini benar, ini merupakan yang pertama untuk iPhone hadir dengan kabel pengecasan braided yang mana sebelum ini hanya dibekalkan pada pengguna Mac Pro.
Meneliti kepada khabar-khabar sebelum ini, kabel ini mungkin satu-satunya aksesori yang akan hadir pada iPhone 12 kelak kerana kita sedia mendengar kebarangkalian pengecas 20W dan earpods perlu dibeli secara berasingan.
Sumber: Weibo via MacRumors
Berkaitan
- Bekas Pengguna Android Merupakan Penyumbang Kepada 15%-20% Penjualan iPhone
- Ini Adalah Tren Terpantas Dunia, Jarak 1200km Hanya Ambil Masa 2.5 Jam
- (Video) Apple Ajar Cara Ambil Gambar Guna Ciri "Potrait Lighting" Pada iPhone 8 Plus
- iPhone 12 Mungkin Datang Dengan Pilihan Warna Dark Blue
- Apple Watch Series 5 Punyai Ciri Always On Display
- Apple IOS 10 Akan Mula Ditawarkan 13 September Ini.
- Pengguna iPhone Boleh Lihat Prestasi Bateri Menerusi Kemaskini iOS Akan Datang
- 6 Case Terbaik Untuk IPhone 7 Anda
- Huawei Bangunkan Teknologi Imbasan Wajah Lebih Baik Dari Apple
- Qualcomm Jalin Kerjasama Bernilai $12Biliun Bersama Xiaomi, Vivo Dan OPPO