Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 2018 Mungkin Tidak Didatangkan Bersama Adapter 3.5mm

iPhone 2018 Mungkin Tidak Didatangkan Bersama Adapter 3.5mm

Diterbitkan Ogos 8, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 8, 2018 oleh Helmi Samsuri

Diawal pengeluaran iPhone 7 hampir dua tahun yang lepas, peminat iPhone berasa sedikit kecewa kerana Apple membuang port 3.5mm.

Agak menyusahkan bagi pengguna yang masih meggunakan fon kepala berwayar kerana mereka terpaksa menggunakan penyesuai 3.5mm.

Bermula keluaran iPhone 7 sehingga model terkini, Apple menyertakan sekali penyesuai terbabit didalam kotak.iPhone 2018 Mungkin Tidak Didatangkan Bersama Adapter 3.5mm

Perkhabaran terbaru dilihat menyatakan penyesuai 3.5mm tidak akan disertakan sekali bagi keluaran 2018. Ia jelas memberi petunjuk pengguna terpaksa mengeluarkan duit untuk membelinya secara berasingan.

Berdasarkan kenyataan dari Barclays, Cirrus Logic pembekal penyesuai 3.5mm untuk Apple telah “mengesahkan” perkara berkenaan.

Hal ini adalah kerana Apple dikatakan mahu merealisasikan “masa depan tanpa wayar” dalam ekosistem mereka.

Di Malaysia, penyesuai lightning ke bicu 3.5mm dijual pada harga RM46.

Sumber: MacRumours

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY