Syarikat Dari China Ini Mempatenkan Telefon Dengan 8 Kamera - 2 Lensa Di Setiap Penjuru

Setiap tahun, inovasi diperlihatkan dalam pembuatan telefon pintar. Jika beberapa tahun lalu, telefon pintar hanya mempunyai satu kamera tunggal. Ia kemudian mula dimuatkan dengan tetapan tiga dan empat lensa, terutama pada model peranti andalan.

Terbaru, syarikat dari China ini telah mempatenkan telefon pintar dengan 8 kamera belakang.

Menurut LetsGoDigital, jenama dari China yang dikenali sebagai Lens Technology baru-baru ini telah memfailkan paten bagi sebuah peranti dengan tetapan 8 kamera di WIPO (World Intellectual Property Organization).

Bagi anda yang belum tahu, Lens Technology merupakan pembekal kepada Apple, Samsung dan Huawei. Syarikat itu turut membekalkan panel bagi Apple Watch.

telefon 8 kamera

Melihat pada paten tersebut, rekaan peranti dimuatkan dengan skrin penuh tanpa sebarang takuk atau butang fizikal. Di bahagian belakang pula memuatkan sejumlah 8 lensa dengan setiap 2 lensa dan lampu LED diletakkan pada setiap penjuru.

Bagaimanapun, buat masa ini ia hanyalah sebuah rekaan yang dipatenkan dan tidak dapat dipastikan jika akan dikomersialkan pada masa akan datang.

Sumber: LetsGoDigital