Trend itu dilihat akan berterusan pada tahun ini. Terbaru, sebuah syarikat China, Moqi dilaporkan bakal melancarkan peranti menfokuskan permainan mudah alih mereka sendiri.
Menariknya, peranti tersebut kelihatan hampir sama dengan konsol permainan mudah alih keluaran Sony, PlayStation Portable(PSP) dan PlayStation Vita(PSV).
Telefon berkenaan didakwa akan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 710, memori sebesar 6GB RAM serta 64GB simpanan dalaman.
Selain itu, antara yang menjadi tumpuan ialah bateri berkapasiti besar 6,000 mAh dan sistem alat kawalan dengan D-pad, dua batang analog serta butang kawalan terbina.
Ia akan dijalankan dengan sistem Android 8.1 Oreo, mempunyai bicu audio, port pengecasan Type-C serta menggunakan pembesar suara stereo.
Model keluaran anak syarikat Snail ini telah disenaraikan pada laman Indiegogo untuk mendapat sokongan awal dengan harga $399(~RM1642) bagi 50 pembeli terawal.
Sekiranya mendapat sambutan, peranti tersebut dijangka akan mula dipasarkan pada bulan Mac nanti.
https://youtu.be/6PrLe6LibOo
Sumber: Indiegogo Android Authority
Berkaitan
- Pocophone F1 Lite Tersenarai Di Laman Geekbench, Hadir Dengan Snapdragon 660 & 4GB RAM
- Keluaran iPhone Akan Datang Mempunyai Ciri Pengecasan Tanpa Wayar Dua Hala
- Lelaki Beli iPhone XS Dengan Duit Syiling Penuhi Satu Tab Mandi
- iPhone Keluaran Terbaru Dijual Tanpa 'Dongle' Fon Kepala 3.5mm Dari Dalam Kotak
- iPhone X Dilancarkan Secara Rasmi- Dwi Kamera Dipertingkatkan, Face ID Dan Cip A11 Bionic
- Xiaomi Pocophone F2 Tersenarai Di Laman Penanda Aras Geekbench
- Pertama Kali Dalam Sejarah iPhone Bewarna Merah Diperkenalkan
- iPhone 2019 Dilapor Bakal Hadir Dengan Rekaan Kamera Utama Menyerupai Huawei Mate 20
- Apple Setuju Bayar Pemenang "Shot on iPhone" Selepas Terima Kritikan
- Google Pixel 3 XL Terima Penarafan A+ Tertinggi Dari DisplayMate, Ambil Alih Kedudukan iPhone XS Max