Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Surface Pro X Peranti Yang Dikuasakan Oleh Cip Pemprosesan Microsoft SQ1

Surface Pro X Peranti Yang Dikuasakan Oleh Cip Pemprosesan Microsoft SQ1

Diterbitkan Oktober 3, 2019 · Dikemas kini Oktober 3, 2019 oleh ariff bukhari

Peranti pertama Microsoft yang dikuasakan oleh cip berasaskan ARM.

Microsoft hari ini telah memperkenalkan model terbaru dalam barisan produk Surface mereka iaitu Microsoft Surface Pro X.

Keluarga terbaru Surface ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 13 inci (2880×1920, 267 PPI) yang dilengkapi ciri PixelSense . Tetapi apa yang paling menarik perhatian pada peranti ini adalah kemunculan cip pemprosesan Microsoft SQ1.

Cip tersebut yang berasaskan ARM dibangunkan menerusi kerjasama antara Microsoft dan pihak Qualcomm.

Surface Pro X Peranti Yang Dikuasakan Oleh Cip Pemprosesan Microsoft SQ1

Dari luaran, rekaan Surface Pro X memang menyerupai model Surface Pro kerana ia masih menggunakan kerangka dan reka bentuk yang sama.

Tetapi Microsoft ada melakukan beberapa perubahan bagi model Surface Pro X seperti rekaan bucu bingkai yang lebih nipis dan menyediakan ruang khas bagi aksesori Surface Slim stylus.

Ia juga dilengkapi dengan sambungan USB-C, ciri pengecasan pantas dan sokongan LTE terbina dalam. Buat masa ini Surface Pro X hanya ditawarkan di pasaran A.S yang sudah pun boleh di pra tempah bermula hari ini.

Harga jualan peranti terbaru Microsoft ini adalah berharga dari USD999.

https://www.youtube.com/watch?v=pcRsSkOPGhQ

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY