Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Surface Neo’ Peranti Yang Dikuasakan Oleh Sistem Operasi Windows 10X

‘Surface Neo’ Peranti Yang Dikuasakan Oleh Sistem Operasi Windows 10X

Diterbitkan Oktober 4, 2019 ยท Dikemas kini Oktober 4, 2019 oleh ariff bukhari

Merupakan peranti pertama Microsoft dengan paparan skrin berkembar.

Microsoft telah memperkenalkan barisan produk menarik mereka yang akan hadir pada tahun ini dan juga tahun hadapan. Salah satu produk menarik yang akan ditawarkan pada 2020 nanti adalah peranti dengan skrin berkembar yang dipanggil sebagai ‘Surface Neo’.

Ia merupakan komputer kompak pertama Microsoft yang dilengkapi dengan skrin berkembar serta dikuasakan oleh sistem operasi terbaru yang dibangunkan Microsoft, Windows 10X.

Dengan Windows 10X, ia membolehkan pengguna menggunakan kedua-dua skrin melakukan interaksi, tugasan dan sebagainya serentak dengan lancar.

‘Surface Neo’ Peranti Yang Dikuasakan Oleh Sistem Operasi Windows 10X
Microsoft mengatakan Surface Neo dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel LakeField yang direka khusus untuk peranti skrin berkembar.

Skrin berkembar Surface Neo yang dilindungi oleh Gorilla Glass dihubungkan bersama engsel yang membolehkannya dilipat sehingga 360-darjah untuk penggunaan dalam mod berbeza.

Surface Neo juga turut menyokong aksesori tambahan Microsoft yang lain seperti papan kekunci yang direka khas untuk dipadankan bersama Surface Neo dan juga aksesori stylus Surface Pen.

Buat masa ini, masih banyak lagi info lanjut berkenaan Surface Neo ini masih belum diketahui. Tetapi Microsoft jelas menyatakan bahawa ia akan dipasarkan pada tahun 2020 nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=fssZICsV4Rg

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY