Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Frontier superkomputer

Superkomputer Terpantas Dunia, Frontier Didakwa Hadapi Isu Kegagalan Sistem Setiap Hari

Diterbitkan Oktober 11, 2022 · Dikemas kini Oktober 11, 2022 oleh Firdaus

Beberapa bulan lepas, superkomputer Frontier telah berjaya menjadi yang terpantas di dunia dengan skor kelajuan 1.1 exaflops.

Frontier Superkomputer Spec

Frontier menjadi yang pertama di dunia yang memecah exascale barrier dengan catatan skor kelajuannya.

Walau bagaimanapun, ‘langit tidak selalunya cerah’ kerana superkomputer itu didakwa mengalami kegagalan perkakasan (hardware).

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Didakwa Mencairkan PSU Dalam Fasa Ujian, GPU NVIDIA Titan Mungkin Dibatalkan
  • Lebih Mesra Alam, NASA Uji Pelancaran Pakai Konsep 'Lastik'

Mengejutkan lagi, isu tersebut berlaku dengan kekerapan beberapa jam sekali. Maksudnya, pihak pengurusan superkomputer ini terpaksa menghadapi isu ini beberapa kali setiap hari.

Frontier Rampas Takhta Fugaku Sebagai Superkomputer Terpantas Di Dunia

Pengarah Program di Oak Ridge, Justin Whitt dalam temu duga menjelaskan:

“Frontier mengalami kegagalan sistem beberapa kali setiap hari. Walau bagaimanapun, perkara ini sememangnya tidak dapat dielakkan untuk sesebuah sistem serumit ini”.

Tambah beliau lagi, ianya sangat menyenangkan sekiranya superkomputer ini dapat beroperasi seharian tanpa sebarang isu.

Isu yang dialami Frontier ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan salah satunya adalah komponen GPU.

Walaupun mengalami pelbagai masalah dan cabaran, Justin Whitt tetap optimis kerana Frontier berada di atas landasan masa dan pelan yang ditetapkan.

Sumber: Techspot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY