Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2022-10-11 184705

Lebih Mesra Alam, NASA Uji Pelancaran Pakai Konsep ‘Lastik’

Diterbitkan Oktober 11, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 11, 2022 oleh Firdaus

NASA melalui syarikat SpinLaunch telah berjaya melancarkan roket menggunakan konsep ‘lastik’.

Idea disebalik mekanisma pelancaran ini adalah menggunakan Suborbital Accelerator yang memanfaatkan daya sentrifugal.

Menariknya, mekanisme ini menepati tujuan utamanya untuk melancarkan roket ke orbit dengan sifar pembakaran.

Dalam ujian percubaan ke 10, roket telah berjaya dilancarkan pada kelajuan 8,000 km/j dan mencapai ketinggian 7 km.

Walaupun tidak cukup untuk capai ketinggian orbit tapi percubaan ini hanya untuk menguji ketahanan muatan dan satelit terhadap pecutan pelancaran ini.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Didakwa Mencairkan PSU Dalam Fasa Ujian, GPU NVIDIA Titan Mungkin Dibatalkan
  • Gambar Bateri Galaxy S23 Ultra Tertiris, Rekaan Juga Diramal Sama Dengan S22 Ultra

Bagaimana Mekanisme Ini Berfungsi?

Teknologi Suborbital Accelerator bertindak seperti bilah kipas yang memegang roket pada hujungnya.

Melalui daya sentrifugal, bilah tersebut berputar hingga kelajuan mencecah 8,000 km/j, dan melancarkan roket dalam waktu yang ditetapkan.

Kelebihan Mekanisme ‘Lastik’ Ini.

Menariknya, mekanisme pelancaran ini begitu murah akan kos penggunaannya dan lebih mesra alam dengan sifar pelepasan karbon.

Selain itu, ia mampu untuk melancarkan roket dalam purata setiap 30 minit sahaja, menunjukkan kecekapan padanya.

Walaupun begitu, SpinLaunch berhasrat untuk membina L100 Orbital Mass Accelerator yang mampu melancarkan roket terus ke angkasa berbanding pemecut sekarang.

Sumber: Ruetir,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Tidak Berhasrat Lantik Semula Jensen Huang Sebagai CEO
  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
©2026 WISER.MY