Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Frontier Dari Amerika Syarikat Merupakan Superkomputer Terpantas Dunia

Posted on Jun 14, 2022

Amerika Syarikat telah berjaya menduduki semula tangga pertama dalam kedudukan superkomputer dunia dengan sistem exascale Frontier. ‘Frontier’ merupakan sebuah superkomputer baharu daripada AS yang digunakan Oak Ridge National Laboratory (ORNL), Tennessee.

Superkomputer Frontier berjaya mencatat skor 1.102 exaflop/s dan menjadikan ia sebagai superkomputer paling berkuasa di dunia ketika ini. Sebelum ini, gelaran tersebut dimiliki oleh superkomputer Fugaku daripada Jepun yang mempunyai skor 442 petaflop/s atau 0.442 exaflop/s.

A systems engineer stands in a large room containing the Frontier supercomputer.
Matt Ezell, Jurutera yang bertanggangjawab dalam mengendalikan Superkomputer Frontier

Oleh itu, Frontier dilihat sekurang-kurangnya 2 kali ganda lebih berkuasa daripada superkomputer Fugaku yang menduduki tangga pertama sebelum ini. Exaflop/s adalah singkatan untuk 1 quintillion operasi titik-terapung sesaat.

US Frontier supercomputer named fastest in the world | The Edge Markets

Berdasarkan laporan, Frontier menggunakan cip AMD EPYC 64 Teras Generasi ke 3, kad grafik AMD Instinct MI250X dan sistem operasi Linux (HPE Cray OS). Secara keseluruhan, superkomputer ini terdiri daripada 8,730,112 teras, kadar kecekapan kuasa pada 52.23 gigaflops/watt.

Ketika ini, superkomputer ini sedang diuji dan diuruskan ONRL di Tennessee dan berada di bawah pengawasan Jabatan Tenaga, Kerajaan AS.

Sumber: arctechnica

Baca juga:

  • 8 Laman Sesawang Ini Dikesan Menipu Dan Mencuri Data Bank Pengguna Peranti Android Di Malaysia
  • Laman Web Ini Didakwa Mampu Beri Data Terperinci Rakyat Malaysia
  • Kapal Gergasi Hyundai Jadi Pertama Yang Berlayar Di Lautan Tanpa Pemandu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress