Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Super Full Moon’, Jarak Bulan Dari Bumi Sehampir 363,396KM

‘Super Full Moon’, Jarak Bulan Dari Bumi Sehampir 363,396KM

Diterbitkan Jun 16, 2022 oleh ariff bukhari

Baru-baru ini, rakyat Malaysia telah berpeluang menyaksikan fenomena yang dikenali sebagai Bulan Penuh atau Bulan Baru.

Tetapi fenomena itu turut dikenali dengan nama lain seperti “Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon”.

Fenomena ini berlaku apabila Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee).

Ketika fenomena ini berlakuj, jarak Bulan dari Bumi (pusat-ke-pusat) boleh berada sehampir 363,396 km sahaja.

Supermoon 2
Imej Super Full Moon ini telah berjaya dirakam oleh sistem Teleskop Observatori Negara Langkawi pada 14 Jun 2022.

Untuk tahun 2022 ini, ‘Supermoon’ berlaku sebanyak 2 kali iaitu pada 14 Jun 2022 lalu dan seterusnya ia akan berlaku pada 13 Julai 2022 nanti.

Pada 14 Jun 2022 lalu, Bulan berada pada kedudukan kedua yang paling hampir dengan Bumi (perigee) dengan jarak di posisi perigee 357,433 km.

Semasa ‘Supermoon’, Bulan penuh akan kelihatan sehingga 7% lebih besar daripada Bulan penuh biasa dan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah daripada ‘Micromoon’.

“Micromoon atau juga dikenali sebagai Minimoon, Mini Full Moon atau Mini New Moon”.adalah fenomena apabila Bulan Penuh atau Bulan baru berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee).

Kedudukan jarak paling jauh Bulan dari Bumi boleh mencapai jarak sejauh 405,504km.

Sumber: MYSA

Baca juga:

  • Minggu Hadapan Suhu Bumi Dijangka Meningkat Dan Akan Alami Peristiwa “Tanpa Bayang”
  • Shopee Akan Buang Pekerja Asia Tenggara
  • Google Rehatkan Jurutera Selepas Beritahu AI Mereka Ada Perasaan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY