Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopee

Shopee Akan Buang Pekerja Asia Tenggara

Posted on Jun 14, 2022

Shopee telah mengeluarkan memo memberitahu bahawa mereka akan mengurangkan bilangan pekerja dalam beberapa segmen di beberapa buah negara Asia Tenggara, lapor CNA.

Segmen tersebut merujuk pada perkhidmatan ShopeeFood dan ShopeePay di rantau ini.

Dalam memo oleh Presiden Shopee, Chris Feng berkata mereka melakukan beberapa perubahan ini atas alasan untuk mengoptimasikan operasi serta disebabkan ketidaktentuan ekonomi.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan mengurangkan pekerja di Mexico, Argentina dan keluar daripada fasa ujian mereka di Sepanyol.

Terdahulu, Shopee telah keluar daripada India kurang daripada 6 bulan beroperasi di sana. Dalam bulan yang sama juga, mereka juga telah keluar daripada Perancis.

Pun begitu, memo tersebut tidak menyatakan secara terperinci negara Asia Tenggara manakah akan terjejas dengan pemberhentian pekerja ini. Setakat ini, mereka mempunyai 24 pejabat di seluruh rantau.

Bulan lepas, Sea iaitu syarikat induk Shopee merekodkan peningkatan pendapatan sebanyak 64% pada suku pertama tahun ini. Bagaimanapun, kerugian mereka juga meningkat daripada $422 juta ke $589 juta.

Gambar utama: Reuters

Baca juga:

  • ShopeeFood Rasmi Di Pulau Pinang, Tawaran Istimewa Hingga 20 Jun
  • Dijual Di Shopee Serendah RM1, Ini Kebenaran Tentang ‘Sticker Boleh Tarik Line’
  • Google Rehatkan Jurutera Selepas Beritahu AI Mereka Ada Perasaan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress