Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sudah Hampir 7 Tahun Samsung Mengatasi Nokia Dalam Pegangan Pasaran Global

Sudah Hampir 7 Tahun Samsung Mengatasi Nokia Dalam Pegangan Pasaran Global

Diterbitkan Mac 31, 2019 · Dikemas kini April 1, 2019 oleh Helmi Samsuri

Diasaskan pada 1865 sebagai pengilang pembuatan kertas, Nokia berkembang dengan pesatnya menjadi sebagai salah satu jenama terulung dalam pasaran telefon sekitar penghujung 1990’an.

Lihat saja pada senarai telefon yang terjual paling banyak sepanjang masa, kebanyakkannya adalah dari jenama berasal dari Finland itu.

Bila mana disebut Nokia 3310, pasti ramai yang akan berceritakan tentang prestasi model popular tersebut. Mungkin tidak setanding dengan teknologi sekarang tetapi berbelas tahun lalu, ia adalah model dambaan ramai.

Apakan daya, ketika mana pengeluar lain mula mengorak langkah membangunkan telefon pintar yang menjalankan Android dan iOS, Nokia masih setia dengan platform Symbian mereka.

Pada 2012, Samsung telah dilaporkan berjaya menamatkan penguasaan global Nokia selama 14 tahun dengan memasarkan 93.5 juta unit untuk suku pertama sementara pesaingnya itu berada ditangga kedua dengan 82.7 juta unit. Terdahulu, Apple juga pernah memintas Nokia dan Samsung pada 2011.

Boleh dikatakan sejak dari itu, kedua-dua pengeluar ini mendominasi pasaran telefon global sehingga ke hari ini diikuti syarikat-syarikat dari China seperti Huawei, OPPO dan Xiaomi.

Mungkin dengan harapan mampu menaikkan semula jenama Nokia, Microsoft telah membeli bahagian mudah alih Nokia tetapi nampaknya ia tidak membuahkan hasil.

Namun kedatangan HMD Global pada 2016, boleh diibaratkan memberi nafas kelegaan kepada Nokia dimana sejak dari itu, ia telah berjaya memasarkan 70 juta unit. Mereka juga berjaya menduduki tangga kesembilan pada suku ketiga 2018 dengan peningkatan jualan sebanyak 71% berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Dilihat berdasarkan penawaran model sedia ada, Nokia mungkin jauh lagi untuk menandingi Samsung dan Apple. Ditambah pula dengan kehadiran Huawei dan syarikat asal China yang lain, ia sedikit menyukarkan.

Adakah anda merupakan sebahagian pengguna yang optimis Nokia mampu bersaing rapat dengan lima pengeluar teratas atau sebaliknya? Apa pandangan anda tentang comeback Nokia setakat ini?

Sumber: Android Authority, Bloomberg, BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY