Selepas siri HONOR 200 dirasmikan di Malaysia, HONOR Malaysia kini bakal membuka studio fotografi telefon pintar yang pertama diadakan di negara ini dan lokasinya telah ditetapkan di dua buah negeri sahaja iaitu Selangor dan Pulau Pinang.
Tujuan studio fotografi ini diadakan adalah atas dasar untuk memperlihatkan kepada pihak umum tentang keberkesanan kamera daripada peranti HONOR 200 Pro yang dilengkapi dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 dan teknologi kamera daripada Harcourt Studio.
Walaupun ia diadakan di dua buah negeri sahaja, studio ini akan bertempat di empat lokasi yang berlainan pada tarikh yang berbeza.
Penyertaan juga adalah terhad dan bagi yang bernasib baik, mereka berpeluang untuk menghadiri sesi fotografi di studio tersebut secara percuma serta hasil gambar dalam bentuk filem yang dicetak.
Lokasi-lokasi dan tarikh yang ditetapkan adalah seperti berikut.
- Aras 2 Centre Court (Oval), Pavilion Bukit Jalil (26 – 30 Jun 2024)
Pendaftaran:-
bit.ly/HONOR200SeriesStudio - Sunway Carnival Mall Main Atrium, G Floor (New Wing), Pulau Pinang (10 – 14 Julai 2024)
Pendaftaran:-
https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayCarnivalMall - Sunway Pyramid, LG2 Orange Concourse, Selangor (17 – 21 Julai 2024)
Pendaftaran;-
https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayPyramid - IOI City Mall LG East Court, Putrajaya (31 Julai – 4 Ogos 2024)
Pendaftaran:-
https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_IOICityMall
Waktu beroperasi adalah daripada 10 pagi hingga 10 malam.
Beli produk HONOR di:
Shopee – https://invl.io/clkvpjf
Lazada – https://invol.co/clkvpjk
Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia