Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tnb electron

Stesen Pengecas EV TNB Electron Tidak Lagi Percuma, Kini Dari RM2.05/minit

Diterbitkan Mac 1, 2023 oleh ariff bukhari

Sebelum ini pemilik kenderaan elektrik (EV) menikmati kemudahan pengecas TNB Electron secara percuma yang disediakan hasil kolaborasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Walaubagaimanapun penawaran mengecas EV secara percuma di TNB Electron kini telah ditamatkan dan pengguna EV mula perlu membayar perkhidmatan tersebut.

Daripada apa yang diumumkan, kadar pengecasan yang dikenakan di stesen TNB Electron yang terletak R&R Tapah (arah utara) adalah berharga RM2.05/minit untuk pengecas 80 kW.

Bagi pengecas 100 kW pula kadarnya adalah berharga RM 2.35/minit.

tnb electron

Sementara stesen TNB Electron yang terletak R&R Tapah Ayer Keroh (arah utara) dan Paka (arah utara) pula , kadar harga pengecasan yang dikenakan adalah berharga RM 2.20/minit bagi pengecas 90 kW.

Setakat 16 Februari 2023 lalu TNB memaklumkan, sudah terdapat sebanyak 3 stesen TNB Electron yang terletak di Lebuhraya Utara-Selatan yang kini mula beroperasi 24 jam.

TNB mensasarkan untuk membina sebanyak 6 lagi TNB Electron yang dijangka siap pada tahun in.

TNB menganggarkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 99,000 kWh sepanjang tahun 2023 sekaligus akan dapat menghindari pelepasan 7.2 tan metrik karbon dioksida dalam tempoh yang sama menerusi 9 TNB Electron mereka.

Berkaitan

  • Pengguna EV Boleh Cuba Pengecas TNB Electron Di Dua Lokasi Secara Percuma, Bermula Hari Ini
  • Belanjawan 2023: Tarif Elektrik Kekal Buat Pengguna Domestik Dan PKS
  • Semua Pengguna Digi Kini Boleh Nikmati 5G Percuma Hingga 30 April

Sumber: WapCar, Caricarz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY