Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2024-11-19 121247

Steam Deck OLED: Limited Edition White Kini Tersedia Dengan Kuantiti Terhad

Diterbitkan November 20, 2024 oleh Rushsyafizal

Sebelum ini Valve telah memperkenalkan Steam Deck OLED, kini ia menawarkan Steam Deck OLED: Limited Edition White pula di mana edisi terhad yang berwarna putih, menambahkan pilihan eksklusif kepada rangkaian konsol mudah alih ini.

Screenshot 2024-11-19 121306

Konsol ini dilengkapi paparan 7.4 inci HDR OLED dengan resolusi 1280 x 800 serta kaca anti-silau berkualiti tinggi. Pemproses APU 6nm memastikan prestasi permainan lancar, sementara storan 1TB NVMe SSD dan sambungan Wi-Fi 6E menambah kecekapan dan kepantasan.

Turut dilengkapi bateri berkapasiti 50Whr yang menawarkan jangka hayat antara 3 hingga 12 jam bergantung pada kandungan yang dimainkan. Selain itu, pengguna juga akan menerima aksesori seperti adaptor kuasa 45W, kabel 2.5m, dan beg edisi terhad dengan pelapik boleh tanggal.

Valve menegaskan bahawa warna putih ini hanya akan ditawarkan dalam kuantiti terhad, menjadikannya koleksi istimewa yang sukar dicari. Malangnya, model ini tidak akan dijual di Malaysia tetapi boleh didapati di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, dan Hong Kong melalui Komodo.

Dengan harga $679 (~RM3,200), model ini hadir dengan spesifikasi premium dan reka bentuk elegan, sesuai untuk yang berminat dengan konsol permainan mudah alih.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Walaupun Selepas 2 Tahun, Apple Masih Tawar SOS Kecemasan Melalui Satelit Secara Percuma
  • Apple Akan Padam Data 'Backup' Di iCloud Jika iPhone/iPad Anda Masih Jalankan iOS Terdahulu
  • Pengguna Unifi Boleh Langgan Max Serendah RM13.60/Bulan
  • Polis Berpangkat Sarjan Ke Atas Kini Boleh Sekat Dan Rampas Transaksi Libatkan Kes 'Scam' Dalam Talian - Timbalan Menteri

Sumber: Steam deck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY