Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Store Kini Menyediakan Pra-Tempah Aplikasi

Stadia Dan xCloud Tidak Akan Ditawarkan Untuk Peranti Apple Selamanya

Diterbitkan Ogos 10, 2020 ยท Dikemas kini Ogos 10, 2020 oleh ariff bukhari

Ini penjelasan Apple.

Bagi yang belum sedia maklum, Microsoft akan melancarkan servis permainan terbaru yang dikenali sebagai xCloud pada 15 September nanti.

Servis permainan awan tersebut adalah sama sepertimana yang telah dilancarkan Google iaitu Stadia pada lewat tahun lalu.

Walaubagaimanapun, dilaporkan bahawa kedua-dua servis permainan tersebut tidak akan ditawarkan untuk peranti iOS, iPhone dan iPad.

Malah berdasarkan kepada laporan oleh Business Insider, kedua-dua servis tersebut tidak akan ditawarkan untuk peranti Apple sampailah bila-bila.

Sebabnya adalah kerana Apple mendakwa, mereka tidak dapat membuat review awal terlebih dulu ke atas setiap permainan yang hendak ditawarkan di dalam servis Stadia dan xCloud.

Isu keselamatan juga digunakan Apple sebagai alasan untuk tidak membenarkan servis Stadia dan xCloud dari ditawarkan di platfom mereka.

“The App Store was created to be a safe and trusted place for customers to discover and download apps, and a great business opportunity for all developers. Before they go on our store, all apps are reviewed against the same set of guidelines that are intended to protect customers and provide a fair and level playing field to developers.” Jurucakap Apple memberitahu Business Insider.

Apple sendiri juga sebenarnya ada menawarkan servis permainan awan mereka iaitu Apple Arcade yang ditawarkan di App Store.

Jadi, ia tidak menghairankan jika Apple mahu pengguna hanya melanggan servis permainan awan mereka.

“Our customers enjoy great apps and games from millions of developers, and gaming services can absolutely launch on the App Store as long as they follow the same set of guidelines applicable to all developers, including submitting games individually for review, and appearing in charts and search. In addition to the App Store, developers can choose to reach all iPhone and iPad users over the web through Safari and other browsers on the App Store.” Jurucakap Apple.

Sumber: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY