Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Merancang Untuk Menambah Ruang Iklan Dalam Servis Berbayar Mereka

Spotify Mengumumkan Mereka Mempunyai Lebih 113 Juta Pengguna Premium Setakat Suku Ke-3 Tahun Ini

Diterbitkan Oktober 29, 2019 · Dikemas kini Oktober 29, 2019 oleh ariff bukhari

Pelan murah Spotify menarik lebih ramai pengguna.

Spotify, salah sebuah firma penyedia servis penstriman muzik popular di dunia hari ini mengumumkan kedudukan penyata kewangan terbaru mereka kepada umum.

Dalam pengumuman tersebut, Spotify memaklumkan kepada para pemegang saham mereka bahawa setakat suku ketiga tahun 2019, Spotify sudah memiliki pelanggan berdaftar berbayar (pelanggan premium) lebih daripada 113 juta pelanggan.

Spotify juga memaklumkan bahawa mereka kini mempunyai pelanggan aktif (berbayar dan percuma) lebih daripada 248 juta pengguna setakat September tahun ini.

Malah pelanggan yang berdaftar dengan mereka juga meningkat 2 kali ganda setiap bulan sepertimana servis penstriman Apple Music.

“We continue to feel very good about our competitive position in the market. Relative to Apple, the publicly available data shows that we are adding roughly twice as many subscribers per month as they are. Additionally, we believe that our monthly engagement is roughly 2x as high and our churn is at half the rate.”. Spotify.

Peningkatan langganan yang dicapai Spotify ini hasil daripada penawaran pelan yang lebih murah sekaligus menarik pengguna umum dan organisasi melanggan servis penstriman Spotify.

Langgan Spotify Premium boleh diakses secara percuma dalam tempoh 3 bulan dan berharga RM14.90/bulan selepas tamat tempoh percubaan tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY