Akibatny,a penyelidik mendakwa antara 300,000 hingga 350,000 akaun Spotify terkesan dengan pencerobohan data ini.
Jenis data yang digodam pula termasuklah alamat e-mel, nama pengguna dan kata laluan akaun pengguna.
Susulan itu, penyelidik telah segera menghubungi pihak Spotify bagi memaklumkan penemuan mereka.
Hasil siasatan bersama itu, mereka mendapati penggodaman berlaku menerusi akaun laman pihak ketiga yang kemudian digunakan ke dalam akaun Spotify.
Penyelidik menjelaskan, ia adalah taktik yang biasa digunakan oleh penjenayah siber.
Bertindak atas penemuan tersebut juga, pihak Spotify telah memaklumkan akaun yang terjejas dengan meminta pengguna 'reset' semula kata laluan mereka.
Spotify yang merupakan platfom penstriman muzik terbesar di dunia mempunyai pengguna aktif setiap bulan berjumlah 299 juta pengguna.
Namun begitu, platfom ini masih belum menawarkan ciri pengesahan pelbagai faktor kepada penggunanya bagi meningkatkan ciri keselamatan sedia ada.
Sumber: VPN Mentor
Berkaitan
- Kecacatan Ciri Keselamatan Pada Cip Keluaran Qualcomm Mendedahkan Berjuta Pengguna Peranti Android Kepada Penggodam
- Kamera Moden Didapati Terdedah Kepada Serangan Penggodam
- Penggodam Didapati Memasang Perisian Hasad Tanpa Perlu Interaksi Pengguna Android
- Penggodam Berjaya Dedah Lebih 100 Kelemahan Kritikal iOS
- FBI Dan CISA Beri Amaran, Penggodam Tajaan Russia Guna Cara Licik Mematikan Ciri MFA
- Penggodam China Menemui Cara Baru Bagi Melepasi Ciri Pengesahan 2 Faktor
- Berjuta Pengguna Windows 10 Terdedah Kepada Risiko Penggodaman
- Kelemahan Ciri Keselamatan 'Evernote Web Clipper' Menyebabkan Data Pengguna Mereka Berpotensi Diserang Penggodam
- Aplikasi Spotify Lite Kini Ditawarkan Di Google Play Store
- Penggodam 'Baik' Berjaya Godam Tesla, Windows 11 Dan Pelayar Sesawang