Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kelemahan Ciri Keselamatan ‘Evernote Web Clipper’ Menyebabkan Data Pengguna Mereka Berpotensi Diserang Penggodam

Kelemahan Ciri Keselamatan ‘Evernote Web Clipper’ Menyebabkan Data Pengguna Mereka Berpotensi Diserang Penggodam

Diterbitkan Jun 14, 2019 · Dikemas kini Jun 14, 2019 oleh ariff bukhari

Pihak Evernote telah segera membaiki kelemahan extension tersebut.

Penyelidik keselamatan dari firma Guardio telah melaporkan bahawa kelemahan ciri keselamatan pada ‘Evernote Web Clipper Chrome Extension‘ telah menyebabkan data privasi penggunanya berpotensi diserang penggodam menerusi servis atas talian dari pihak ketiga.

Isu keselamatan ini berkait dengan istilah yang dinamakan sebagai  Universal Cross-site Scripting (UXSS atau Universal XSS). Kecacatan pada pengkodan extension tersebut telah membolehkan penggodam melepasi polisi asal pelayar sekaligus membenarkan penggodam menjalankan kod asing di dalamnya.

Selepas ciri keselamatan site isolation yang ada pada Chrome dilepasi, data akaun pengguna dari laman sesawang yang lain tidak lagi dilindungi menyebabkan pihak lain boleh mengakses data sensitif pengguna.

Ini termasuklah data perbankan, email, perbualan tertutup di media sosial dan lain-lain. Pihak Guardio mendemonstrasikan Proof-of-Concept (PoC) bagi menunjukkan potensi kelemahan ciri keselamatan itu menerusi video di laman YouTube.

 

Sususlan daripada penemuan itu, pihak Guardio telah menghubungi pembangun Evernote bagi melaporkan penemuan mereka. Pihak Evernote dengan segera telah bertindak mengemaskini extension tersebut bagi menampal kecacatan keselamatan Evernote Web Clipper Chrome Extension.

Jadi, bagi anda yang ada menggunakan extension ini, pastikan anda menggunakan versi 7.11.1 atau terbarunya. Daripada semakan yang dibuat di Chrome Web Store didapati, Evernote Web Clipper Chrome Extension kini digunakan oleh lebih daripada 4.5 juta pengguna di seluruh dunia.

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY