Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IPHONE HACK

Penggodam Berjaya Dedah Lebih 100 Kelemahan Kritikal iOS

Diterbitkan September 4, 2023 · Dikemas kini September 4, 2023 oleh ariff bukhari

Menerusi program khas Apple yang meminjamkan iPhone mereka kepada penyelidik keselamatan telah berjaya menemukan sejumlah 130 kelemahan kritikal pada sistem operasi iOS.

Ia dimaklumkan Apple dalam laporan Program Peranti Penyelidikan Keselamatan iPhone (SRDP).

Sejak 2019 lagi, Apple membekalkan iPhone khas kepada penyelidik keselamatan yang memburu pepijat dalam perisian.

iPhone khas yang diberikan itu pula dibina dengan sekatan perisian yang lebih sedikit yang memberikan akses tanpa had kepada penyelidik keselamatan penggodam yang berminat untuk mendedahkan kelemahan perisian iOS.

iPhone itu juga membolehkan pemiliknya menjalankan sebarang perisian yang mereka mahukan serta bebas untuk menyesuaikan kernel perisian.

Oleh itu, Apple hanya meminjamkan sejumlah iPhone mesra penggodam yang terhad setiap tahun dan hanya kepada penyelidik keselamatan dengan rekod prestasi mencari kelemahan perisian.

Hasil kerja penyelidik juga menyumbang kepada peningkatkan keselamatan kernel XNU untuk iOS, bahagian teras sistem operasi yang sering disasarkan oleh penggodam untuk mendapatkan kawalan akar.

“Sejak kami melancarkan program ini pada tahun 2019, penyelidik SRDP telah menemui sebanyak 130 kelemahan kritikal keselamatan dan pandangan mereka telah membantu kami melaksanakan mitigasi  untuk melindungi platform kami,” Apple.

Apple menyatakan bahawa sejumlah 37 kelemahan telah ditemui dalam tempoh 6 bulan yang lalu.

Berkaitan

  • Ini Perbandingan Pakej 5G RAHMAH Paling Berbaloi
  • Diskaun Sehingga 50% Ganti Bateri Dan Skrin iPhone, Berpeluang Dapat Pengecas Asli Apple Dari Machines
  • Buang 2 Aplikasi Palsu Ini Dari Peranti, Dikesan Mengintip Pengguna Android

Sumber: Apple

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY