Ciri sambungan Wi-Fi membolehkan peranti kamera terdedah kepada perisian hasad.
Penyelidik dari Check Point® Software Technologies Ltd. hari ini mendedahkan, peranti kamera moden terdedah kepada serangan perisian hasad termasuklah ransomware.
Ia terdedah menerusi sambungan USB dan Wi-Fi yang ada pada kamera moden.
Memandangkan kamera moden tidak lagi menggunakan filem untuk menghasilkan imej, protokol standad yang dikenali sebagai Picture Transfer Protocol (PTP) diperkenalkan oleh International Imaging Industry Association bagi membolehkan imej dipindah dari kamera ke komputer.
Menerusi kajian yang dibuat terhadap kamera DSLR Canon EOS 80D yang menyokong ciri sambungan Wi-Fi dan USB, mereka menemui terdapat kelemahan keselamatan kritikal apabila sebarang kamera moden tersebut yang menyebabkan ia terdedah pada serangan penggodam.
Malah dipercayai mana-mana kamera moden yang dilengakpi ciri PTP turut berdepan dengan isu yang sama.
Any ‘smart’ device, including the DSLR camera, is susceptible to attacks. Cameras are no longer just connected to the USB, but to the WiFi network and its surrounding environment. This makes them more vulnerable to threats as attackers can inject ransomware into both the camera and PC it is connected to. The photos could end up being held hostage until the user pays the ransom for them to be released.” Eyal Itkin penyelidik keselamatan dari Check Point Software Technologies.
Penyelidik keselamatan menyatakan, bagi mengelakkan daripada peranti mereka terdedah kepada penggodaman, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa mengemas kini peranti kamera mereka dengan versi terbaru, mematikan sambungan Wi-Fi jika ia tidak digunakan dan elakkan daripada kamera disambungkan bersama rangkaian Wi-Fi awam.
Sumber: Check Point Research
Berkaitan
- 60 Aplikasi Android Dikesan Telah Dijangkiti Perisian Hasad ‘BearClod’, 'Haken' Dan 'Joker'
- WhatsApp Menambah Baik Antaramuka Kamera
- Serangan Ransomware Menyebabkan Sistem Bandar Johannesburg Tergendala
- Perisian Hasad Paling Merbahaya Di Dunia Dikesan Kembali Aktif Menjangkiti Jutaan Komputer Di Seluruh Dunia
- Penyelidik Temui 5 Aplikasi Android Bawa Pelbagai Perisian Hasad Merbahaya
- Pepijat Pada WhatsApp Didakwa Membolehkan Format Fail MP4 Diprogram Bagi Memasang Perisian Intip Ke Dalam Peranti Pintar
- Buang Segera 2 Aplikasi Ini, Perisian Hasad TeaBot Kembali Menyerang Play Store
- Selepas 84 Tahun, Olympus Akhirnya Mengundurkan Diri Dari Dunia Kamera
- Perisian Hasad Disebar Dengan Berselindung Di Bawah Pelbagai Tajuk Filem Hollywood Popular
- Pembangun Perisian Antivirus BitDefender Mengesahkan Isu Kecacatan Keselamatan Pada Perisian Mereka