Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Hadiahkan Lebih Daripada RM 143 Ribu Kepada Seorang Remaja Dari Uruguay

Kecacatan Ciri Keselamatan Pada Cip Keluaran Qualcomm Mendedahkan Berjuta Pengguna Peranti Android Kepada Penggodam

Diterbitkan Ogos 7, 2019 · Dikemas kini Ogos 7, 2019 oleh ariff bukhari

Penemuan terbaru ini dibuat oleh pasukan penyelidik keselamatan Tencent’s Blade.

Sepasukan penyelidik keselamatan peranti pintar telah menemui kecacatan ciri keselamatan cip pemprosesan keluaran Qualcomm, Kecacatan tersebut akan menyebabkan penggodam mengakses peranti Android yang dilengkapi dengan cip Qualcomm dari jauh dengan menghantar data mencurigakan tanpa interaksi daripada pemilik peranti tersebut.

Kecacatan yang berada di dalam WLAN dan firmware modem cip Qualcomm itu dijumpai menerusi program QualPwn oleh pasukan penyelidik Tencent Blade.

Menurut penyelidik, terdapat 2 kecacatan kritikal dalam cip Qualcomm dan 1 kecacatan di dalam Qualcomm’s Linux kernel driver yang apabila digabungkan bersama akan membolehkan penggodam mengawal sepenuhnya peranti Android yang disasarkan menerusi capaian Wi-Fi.

Maka, apabila mana-mana peranti Android yang disasarkan berjaya di godam, ia akan membenarkan pengodam mengakses sepenuhnya sistem fail  telefon pintar mangsa termasuklah memasang rootkits, mengekstrak keluar info sensitif dan lain-lain.

Berikut adalah senarai cip Qualcomm yang terjejas dengan isu ini menurut Qualcomm:-

“IPQ8074, MDM9206, MDM9607, MDM9640, MDM9650, MSM8996AU, QCA6174A, QCA6574, QCA6574AU, QCA6584, QCA8081, QCA9379, QCS404, QCS405, QCS605, Qualcomm 215, SD 210/SD 212/SD 205, SD 425, SD 427, SD 430, SD 435, SD 439 / SD 429, SD 450, SD 625, SD 632, SD 636, SD 665, SD 675, SD 712 / SD 710 / SD 670, SD 730, SD 820, SD 820A, SD 835, SD 845 / SD 850, SD 855, SD 8CX, SDA660, SDM439, SDM630, SDM660, SDX20, SDX24, SXR1130”

Pihak penyelidik telah memaklumkan penemuan kecacatan tersebut pada Qualcomm. Manakala Google pula selaku pembangun sistem operasi Android telah mengisukan kecacatan tersebut semalam dan akan melepaskan kemas kini terbaru untuk pengguna Android dalam masa terdekat ini.

Sumber: The Hacker News 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
©2026 WISER.MY