Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG_20190122_165854 (1)

Spotify Akan Dilengkapi Dengan Ciri Sekat Artis Yang Tidak Digemari

Diterbitkan Januari 22, 2019 · Dikemas kini Januari 22, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sebagai salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang popular, Spotify sentiasa peka dengan kehendak pengguna mereka.

Mengutip dari laporan The Verge, Spotify dikatakan sedang bersiap sedia memperkenalkan fungsi yang boleh menyekat artis yang tidak digemari dari muncul dalam aplikasi pengguna.

Melalui fungsi sekatan itu, lagu-lagu artisyang disekat tidak akan dimainkan pada ruangan library, senarai main, senarai carta dan juga stesen radio didalam aplikasi Spotify.

Walaubagaimanapun, ciri tersebut hanya menyekat lagu-lagu yang dinyanyikan secara individu oleh artis berkenaan manakala yang lagu yang dinyanyikan secara duet (featured) tidak boleh disekat buat masa sekarang.

Ketika ini, fungsi itu sedang berada dalam fasa ujian bagi platform iOS dan penawarannya kepada umum masih belum dapat dipastikan lagi.

Pengenalan fungsi ini mungkin lanjutan daripada desakan pengguna selepas penyanyi R.Kelly didakwa atas tuduhan keganasan seksual. Walaupun sudah disingkarkan dari syarikat rakaman, lagu-lagu R.Kelly masih lagi ditawarkan di servis penstriman ini.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY