Xbox Series S merupakan varian Xbox dengan menyasarkan pengalaman main 1440p pada 120fps. Sama seperti Series X, kuasa pemprosesan Series S menerusi 8 teras CPU AMD Zen 2 adalah 4 kali lebih berkuasa berbanding model Xbox One.
Prestasi kuasa grafik (GPU) Series S sedikit rendah dengan mencecah 4 teraflop berbanding 12 teraflop bagi Series X. Ia juga mempunyai storan 512GB PCIe Gen 4 NVME SSD serta menyokong penambahan storan sehingga 1TB melalui Seagate Storage Expansion Card.
Xbox Series S turut menyokong ciri DirectX raytracing, variable rate shading, main balik media 4K dan sebagainya. Ia hadir dengan memori RAM 10GB GDDR6 pada 224Gbps.
https://www.youtube.com/watch?v=fYtJWIxt3-M&has_verified=1
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Xbox Series S diletakkan pada harga $299 (~RM1,246) dan akan dilancarkan bersama Xbox Series X pada 10 November 2020.
Sumber: Xbox
Berkaitan
- India Kini Haramkan 59 Lagi Aplikasi Dari China Termasuk TikTok
- Facebook Hadkan Mesej 'Forward' Tular Di Messenger Kepada Lima Pengguna Sahaja
- Google Mahu Ikut Jejak Langkah Apple Untuk Berikan Lebih Privasi
- Elak Muat Turun Aplikasi "Pink WhatsApp" - MCMC
- Panel Skrin iPhone 15 Didakwa Tertiris, Perlihatkan Bezel Lebih Nipis
- Netflix Dikhabar Akan Sekat Ciri Penting Ini Bagi Pelan Langganan Beriklan
- realme Pintas Xiaomi Untuk Pasaran Asia Tenggara
- BNM: Tiada Perancangan Untuk Keluarkan Mata Wang Digital Bank Pusat Dalam Masa Terdekat
- HONOR MagicBook Sah Bakal Ditawarkan Di Malaysia
- OPPO Reno4 Pro Dengan Pilihan Warna Galactic Blue Akan Ditawarkan Pada September Ini