Terkini, Xiaomi akan melancarkan Redmi Note 9 versi baharu dengam spesifikasi yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.
https://twitter.com/StationChat/status/1324518293257019394?s=20
Maklumat ini didedahkan Digital Chat Station yang mana peranti ini dilengkapi paparan skrin bersaiz 6.67 inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz serta kadar pensampelan sentuh 240Hz.
Terbina dalam peranti dengan cip pemproses Snapdragon 750G, bateri sebesar 4820mAh bersama-sama pengecasan pantas 33W.
Bagi kamera pula, ia didatangkan kamera-quad pada bahagian belakang yang menampilkan sensor ISOCELL daripada Samsung HM2 108MP. Kamera swafoto disertakan dengan 16MP.
Jika dilihat spesifikasi yang ditawarkan, ia adalah seperti peranti Mi 10T Lite yang dijenamakan semula yang baru sahaja dilancarkan September yang lalu.
Sumber: Digital Chat Station via
Berkaitan
- Xiaomi Kini Dilapor Mendominasi Pasaran Eropah Buat Pertama Kali
- realme GT Master Edition Tiba Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1399
- HONOR MagicBook 16 Hadir Dengan Siri Ryzen 5000, Berharga RM4299
- Surge C1 Dilancarkan, Cip Pemprosesan Imej Dari Xiaomi
- Garmin Melancarkan Forerunner 745 Berharga RM 2,499
- Garmin Siri Descent MK2 Khas Buat Penyelam Kini Rasmi Berharga RM 6,399
- Xiaomi Mi 11 Lite, Telefon Pertama Dengan Cip Snapdragon 780G
- Huawei Sedang Bangunkan Kirin 9020 Yang Berasaskan Pemproses 3nm
- Bukan 895, Mungkin Cip Snapdragon 898 Yang Akan Diperkenalkan
- 4 Peranti Audio Bowers & Wilkins Hadir Di Malaysia, Harga Bermula RM1699