Garmin Melancarkan Forerunner 745 Berharga RM 2,499

Garmin Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan jam pintar terbaru mereka iaitu Forerunner 745. Jam pintar ini adalah seperti siri flagship Forerunner 945 yang menawarkan ciri penjejakan yang diperlukan pengguna.

Forerunner 745 hadir dengan sensor penjejakan kecergasan dan mempunyai ciri-ciri asas dalam kebanyakan jam pintar lain seperti main semula muzik, pemberitahuan pintar, pemantauan kesihatan secara keseluruhan serta pembayaran NFC.



Paparan skrin bagi jam pintar ini adalah 1.2 inci transflective MIP (Memory in Pixel) dengan resolusi 240x240 dan berat hanya 47g. Ia juga dilengkapi profil aktiviti pra-muat untuk berenang, berbasikal, berlari serta dapat mengesan lebih dari 100 aktiviti lain.



Menariknya, jam pintar ini juga mempunyai statistik canggih seperti kecepatan berenang serta kesimbangan berbasikal dan pengimbangan pusat platform.

Selain itu, terdapat sensor oksigen dalam darah untuk data VO2 max dan pulse oximeter untuk pengesanan tidur. Jam pintar ini mampu bertahan dalam air pada 5ATM dan menawarkan sambungan Bluetooth dan WiFi walaupun tidak mempunyai output selular.

Dari segi bateri, menurut Garmin jam pintar ini dapat bertahan satu minggu dengan penggunaan sederhana, 16 jam dengan GPS dihidupkan dan hingga 6 jam dengan GPS dan pemutaran muzik.



Forerunner 745 hadir dalam warna hitam, neo tropic, magma red dan whitestone. Ia dijual pada harga RM 2,499 di kedai rasmi Garmin, kedai atas talian AECO, Shopee dan Lazada.