Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei kirin 9000

Huawei Sedang Bangunkan Kirin 9020 Yang Berasaskan Pemproses 3nm

Diterbitkan Januari 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Jika TSMC dan Samsung sedang dalam pembangunan cip pemproses 3nm, Huawei juga tidak akan ketinggalan kerana menurut sumber, mereka dikatakan sedang membangunkan Kirin 9020 yang berasaskan pemproses 3nm.

Melalui cip 3nm, lebih banyak transistor yang akan dimuatkan dalam cip dan seperti yang dibangunkan TSMC, cip ini mampu memberikan prestasi lebih baik dan penjimatan tenaga.

Sumber juga mengatakan Huawei sedang bangunkan Kirin 9010 iaitu cip 5nm+ tetapi tidak dapat untuk menghasilkannya. Sementara Kirin 9020 ini pula masih belum diketahui tarikh pelancarannya.

mate 40 pro
Mate 40 Pro

Melalui ini, kemungkinan cip 3nm daripada semua syarikat akan dilancarkan pada tahun 2022 kerana laporan sebelum ini turut menyatakan mereka menghadapi masalah dalam pembangunan cip 3nm pada tahun ini.

Tedahulu, Huawei telah melancarkan siri Mate 40 yang dijana cip pemproses Kirin 9000E manakala model Mate 40 Pro dan Mate 40 Pro+ menggunakan Kirin 9000 yang masing-masing adalah berasaskan cip 5nm.

Sumber: @rodent950

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY