Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Surge C1

Surge C1 Dilancarkan, Cip Pemprosesan Imej Dari Xiaomi

Diterbitkan Mac 30, 2021 oleh Amsyar Latif

Selain daripada telefon pintar boleh lipat, Mi Mix Fold diumumkan, Xiaomi turut melancarkan cip pemprosesan imej yang digelar Surge C1.

Seperti yang diketahui, cip yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi ini merupakan cip pertama mereka yang memfokuskan penghasilan imej dan dimuatkan ke dalam Mi Mix Fold.

surge C1 2

Selain itu, Surge C1 memberikan prestasi yang tinggi dalam penghasilan video dan gambar disamping menggunakan kuasa CPU dan storan yang amat rendah serta sedikit.

Tambah Xiaomi, cip ini tampil dengan algoritma yang berkembang secara sendiri dan ia mempertingkatkan prestasi 3A gambar.

Screenshot (47)

Apa yang dimaksudkan dengan 3A ini adalah seperti yang terdapat pada kamera, iaituĀ Auto Focus (AF), Auto White Balance (AWB) danĀ Automatic Exposure (AE).

Ini bermakna, mana-mana peranti yang dilengkapi cip Surge C1 mampu menghasilkan imej serta video yang berkualiti.

Meskipun begitu, Xiaomi tetap menyatakan bahawa ia hanyalah batu loncatan dalam pembangunan cip pemprosesan imej ini memandangkan Surge C1 adalah generasi pertama.

Mereka juga berhasrat untuk terus menambah baik cip tersebut dan akan memastikan bahawa cip pemprosesan imej ini lebih cemerlang pada masa hadapan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY