Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 11 Lite wide

Xiaomi Mi 11 Lite, Telefon Pertama Dengan Cip Snapdragon 780G

Diterbitkan Mac 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Menjelang acara terbesar Xiaomi pada malam ini, mereka kini telah mendedahkan poster terbaharu dalam siri Mi 11, iaitu Mi 11 Lite/Mi 11 Youth.

Mungkin dari segi rekaan tiada apa-apa yang menarik selain skrinnya yang rata, tetapi tumpuan diberikan terhadap spesifikasi didalamnya dimana ia adalah telefon pertama yang dijana cip Snapdragon 780G.

Cip tersebut yang baru diumumkan Qualcomm beberapa hari yang lalu merupakan cip 5nm pertama buat Snapdragon siri-700 dan menjadikannya cip kelas pertengahan yang terbaik.

Snapdragon 780G

Ia tampil dengan 8 teras dimana 1x Cortex-A78 (2.4GHz), 3x Cortex-A78 (2.2GHz) dan 4x Cortex-A55 (1.8GHz). Untuk GPU pula adalah Adreno 642 yang membawakan warna 10-bit HDR gaming.

Tambahan lagi, Xiaomi turut mendakwa ia adalah telefon ternipis dan paling ringan dalam sejarah barisan peranti Mi.

Mi 11 Lite

Antara spesifikasi Mi 11 Lite yang dikhabarkan adalah skrin 6.55 inci AMOLED FHD+ dengan kadar penyegaran 90Hz. Ia juga dilengkapi tiga lensa dimana 64MP utama dan 20MP swafoto.

Konfigurasi memori pula adalah 8GB RAM dan 128GB storan dalaman yang ditawarkan bersama bateri berkapasiti 4250mAh dengan sokongan 33W pengecasan pantas.

Sumber: Gizmochina, Qualcomm

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY