Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus 11 pro

Spesifikasi Penuh OnePlus 11 Pro Didakwa Tertiris – Cip Snapdragon 8 Gen 2, Pengecasan 100W

Diterbitkan September 22, 2022 oleh Amalina Athman

Memetik laporan GSMArena, spesifikasi penuh OnePlus 11 Pro kini dilaporkan telah tertiris. Dijangka bakal diperkenalkan pada November melalui acara Qualcomm Snapdragon Summit nanti, OnePlus 11 Pro akan dikuasakan cip pemproses Snapdragon Gen 2.

Berkaitan

  • Pete Lau Beri Bayangan OnePlus Akan Keluarkan Telefon Boleh Lipat
  • RM3,199 Jadi Harga Rasmi OnePlus 10T Untuk Pasaran Malaysia
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar

Peranti ini akan menjalankan OxygenOS 13 yang berasaskan Android 13 serta dilengkapi sokongan RAM sehingga 16GB dan 256GB storan dalaman, dengan model asas mempunyai 8GB RAM dan 128GB storan.

Untuk paparan, OnePlus 11 Pro mungkin hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci QHD+ 120Hz AMOLED bersama paparan berlubang di sebelah kiri yang menempatkan kamera swafoto 16MP.

Tetapan tiga lensa dimuatkan di bahagian panel belakang dengan 50MP utama, 48MP ultra-lebar dan 32MP telefoto dengan 2x zum optikal. Ia juga dilengkapi dengan sistem kamera Hassalblad.

Beralih ke janaan kuasa, dikhabarkan OnePlus 11 Pro dimuatkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 100W. Namun, tidak dapat dipastikan jika hanya pasaran tertentu yang akan menerima sokongan pengecasan pantas 100W atau sebaliknya ditawarkan bagi semua pasaran.

Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi daripada OnePlus mengenai 11 Pro, namun dijangkakan peranti ini akan hadir di pasaran lebih awal berbanding OnePlus 10 Pro yang sebelumnya dilancarkan pada Januari.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY