Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Speedy Video Mengucapkan Selamat Tinggal

Speedy Video Mengucapkan Selamat Tinggal

Diterbitkan Jun 15, 2020 oleh ariff bukhari

Rangkaian pusat jualan CD, DVD dan Bluray popular di Malaysia terpaksa menutup operasi.

Speedy Video, pusat jualan popular kepada para peminat yang ingin mendapatkan CD atau kaset lagu, DVD dan Bluray filem tempatan dan antarabangsa telah mengumumkan penutupan operasi mereka di seluruh negara.

Berikutan itu, Speedy Video sedang mengadakan jualan penghabisan stok pada harga diskaun termasuklah aksesori dan cenderamata.

Ia diumumkan dalam hantaran di laman Facebook rasmi syarikat itu, Speedy Video Distributors Sdn Bhd.

“Dear customers, our company are sadly to announce that we are going to close down all of our outlets soon. All outlets currently are having closing down sales. Please come and visit us to enjoy the last promotions!
Thankyou for your support during all these year. ???Please share the post for us!”

Penutupan operasi mereka terpaksa dibuat berikutan permintaan terhadap perkhidmatan streaming dan muat turun digital kini lebih menjadi pilihan pengguna.

Pihak Speedy Video juga memaklumkan bahawa kini hanya 14 pusat jualan mereka sahaja yang beroperasi sebelum ditutup sepenuhnya iaitu di Ekocheras Mall, Ampang point, Aeon cheras selatan, Aeon Rawang, Aeon Bukit Tinggi, Ioi City Mall, Bandar Utama Movie Magic, Subang Parade, Aeon Alpha Angle, Aeon Bandaraya Melaka, Mid Valley south key, Aeon Tebrau, Star Parade DAN Aeon seremban 2.

Speedy Video mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan pernah menjadi tumpuan utama peminat yang mahu mendapatkan VCD/DVD/Bluray filem dan drama antarabangsa serta album muzik asli.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY