Baru-baru ini, tular berita mengenai denda RM1000 jika orang ramai gagal mengimbas kod QR MySejahtera ketika mengisi minyak di stesen petrol.
Itu adalah apa yang dikhabarkan oleh DCP Mior Faridalathrash Wahid, Timbalan Pengarah JSJ kepada China Press. Menurutnya stesen petrol merupakan kawasan yang mudah terdedah dengan risiko orang ramai dan Covid-19.
Pun begitu, tidak beberapa lama kemudian selepas orang ramai mula faham mengenai denda ini, muncul pula kenyataan kontradiksi berbeza iaitu orang tidak perlu mengimbas MySejahtera jika hanya sekadar mengisi minyak.
Sumber kenyataan ini diperoleh dari laporan media Sin Chew Daily dan juga The Star. Melalui laporan dari Sin Chew Daily, mereka telah membuat 2 panggilan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan telah menerima kenyataan daripada MKN bahawa tidak perlu mengimbas MySejahtera jika hanya sekadar mengisi minyak sahaja.
Pun begitu, pada masa yang sama juga satu lagi panggilan menyatakan orang ramai masih perlu mengimbas kod MySejahtera walaupun anda hanya menggunakan pam petrol.
Melalui The Star pula, Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz menyatakan arahan yang mereka terima adalah hanya perlu mengimbas MySejahtera jika anda ke surau, tandas, dan juga kedai.
Menurutnya, tidak perlu mengimbas MySejahtera jika anda hanya sekadar mengisi minyak.
Sebagai rakyat biasa, sudah tentu ramai dihujani pelbagai persoalan mengenai imbasan MySejahtera ketika mengisi minyak di stesen petrol.
Menurut Sin Chew Daily, MKN akan membuat pengumuman lebih lanjut untuk menerangkan SOP sebenar ketika berada di stesen minyak hari ini juga.
Sumber: Lowyat.net, Sin Chew Daily, The Star
Berkaitan
- OPPO Sendiri Sahkan Pengecasan Pantas Akan Rosakkan Ketahanan Bateri Peranti
- Butiran Penuh Snapdragon 765 Dan 765G - Cip Kelas Pertengahan Diberi Kuasa 5G
- Samsung Galaxy S20 Tidak Akan Menyokong Kadar Segar Semula 120Hz Pada Resolusi Melebihi FHD
- Carl Pei Kumpul $7 Juta Untuk Syarikat Baharu Selepas Tinggalkan OnePlus
- MYEG Lancar Portal Sehenti Bagi Saringan Covid-19 Untuk Pekerja Di Malaysia
- Ini Merupakan Senarai Terkini Laptop Gigabyte AERO/AORUS - Dengan Intel Gen-10 Dan Sehingga RTX 2080 SUPER
- DisplayMate Tabalkan iPhone 12 Pro Max Skrin Terbaik Setakat Ini
- Xiaomi Lancar Mi Display 1A - Monitor Bezel Nipis Mampu Milik Pada Harga Sekitar RM433
- Taman Tema Super Nintendo World Di Jepun Bakal Dibuka Secara Rasmi Pada Februari 2021
- OnePlus Band Dilancarkan Dengan Paparan AMOLED Dan Ketahanan Bateri 14 Hari