Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2018-11-29 at 12.24.09 PM

Sony Xperia XZ4 Dilapor Akan Hadir Dengan Tiga Kamera Utama

Diterbitkan November 29, 2018 oleh Haikel Areff

Selepas beberapa pengeluar memilih untuk menggunakan tetapan tiga kamera utama pada peranti mereka, kini tiba masanya untuk Sony pula melakukan sedemikian.

Menurut laporan terkini, Sony Xperia XZ4 yang dilaporkan akan dilancarkan semasa MWC 2019 pada Februari nanti dikatakan bakal hadir dengan rekaan kamera utama tiga lensa.

Ura-ura mengenainya timbul selepas satu video rekaan CAD telah dikirimkan di laman YouTube MySmartPrice baru-baru ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi rasmi bagi ketiga-tiga lensa berkenaan.

Selain spesifikasi kamera, beberapa maklumat lain mengenai spesifikasi Xperia XZ4 turut tertiris sebelum ini. Antaranya ialah penggunaan skrin bersaiz 6.5-inci serta penggunaan cip terkini Snapdragon 8150.

 

Sumber: Trusted Reviews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY