Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2018-11-16 at 12.09.28 PM

Sony Sah Tidak Sertai Acara E3 Buat Kali Pertama Tahun Hadapan

Diterbitkan November 16, 2018 oleh Haikel Areff

Electronic Entertainment Expo atau E3 sering menjadi acara yang ditunggu-tunggu, terutamanya kepada para peminat tegar permainan video di seluruh dunia. Acara itu disertai oleh banyak syarikat-syarikat pembangun dalam industri hiburan digital terkemuka seperti Microsoft, Capcom, Electronics Art dan Sony bagi memperkenalkan produk-produk baru mereka.

Boleh dikatakan setiap tahun, persaingan antara tiga pengeluar konsol popular, Microsoft, Nintendo dan Sony menjadi tumpuan ramai. Namun, menurut laporan Game Informer, Sony telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan menyertai acara E3 pada tahun hadapan.

Zaman Konsol Permainan Mungkin Berakhir Tidak Lama Lagi

Ini merupakan kali pertama syarikat gergasi dari Jepun itu tidak ikut serta dalam acara tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 1995. Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Game Informer, Sony berkata mereka sentiasa mencari jalan dan medium baru untuk terus berhubung dengan para pemain.

Kenyataan itu sekaligus memberi bayangan Sony akan mengadakan acara mereka sendiri di masa akan datang. Akan tetapi, ketika disoal mengenainya, Sony hanya memberitahu bahawa mereka tidak akan mengadakan apa-apa acara di sekitar E3 tahun hadapan.

Dengan keputusan ini, E3 2019 seolah-olah akan hilang seri. Tiada lagi “pertandingan” di antara permainan-permainan eksklusif PlayStation dan Xbox/Windows lagi pada tahun hadapan.

 

Sumber: Game Informer

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY