Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation Portal

PlayStation Portal Berharga RM999, Prapesan Dibuka Mulai Minggu Depan

Diterbitkan Julai 29, 2024 · Dikemas kini Julai 29, 2024 oleh Amalina Athman

Sony Interactive Entertainment (SIE) kini mengumumkan PlayStation Portal akan tersedia di Malaysia pada 9 Oktober 2024.

Secara ringkas, PlayStation Portal dilengkapi skrin LCD berukuran 8-inci dengan kemampuan resolusi 1080p/60fps. Konsol ini mempunyai alat kawalan dengan ciri yang sama dengan DualSense seperti pemacu adaptif dan maklum balas haptik.

Sony PlayStation Portal Hanya Sekadar Aksesori Premium PS5

Untuk pasaran tempatan, PlayStation Portal dijual pada harga RM999. Prapesan akan dibuka bermula 5 Ogos 2024, dengan semakan pengedar sah boleh dilakukan melalui pautan INI.

Selain pasaran Malaysia, konsol ini juga akan tersedia di Indonesia dan Thailand pada tarikh yang sama, dengan ketersediaan di Singapura lebih awal, iaitu pada 4 September 2024.

Berkaitan

  • Sony PlayStation Portal Hanya Sekadar Aksesori Premium PS5

Sumber: PlayStation Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY