Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Menghasilkan Peranti Penyejuk Udara Mudah Alih Yang Boleh Dimuatkan Ke Dalam Poket

Sony Menghasilkan Peranti Penyejuk Udara Mudah Alih Yang Boleh Dimuatkan Ke Dalam Poket

Diterbitkan Julai 30, 2019 oleh ariff bukhari

Projek pembangunan produk hasil dari dana awam ini dikenali sebagai Projek Reon Pocket.

Sony Corporation yang terkenal dengan pelbagi barangan elektronik termasuklah televisyen, komputer dan pelbagi peranti mudah alih telah menghasilkan sebuah peranti mudah alih terbaru yang dikenali sebagai Reon Pocket.

Tidak sepertimana produk mereka sebelum ini, Reon Pocket merupakan sebuah peranti penyejuk udara yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja oleh penggunanya dengan memuatkannya di dalam poket pakaian mereka.

Ia boleh dikawal menerusi telefon pintar dengan sambungan Bluetooth bagi mengawal suhu untuk menyejukkan badan penggunanya.

https://www.youtube.com/watch?v=2dlzdZlbq2Q

Daripada demo Reon Pocket yang dipaparkan di dalam video di atas, peranti tersebut dimuatkan ke dalam poket kecil di belakang kolar baju khas (baju dijual bersama peranti) bagi menyejukkan badan sipemakainya.

Menurut Sony, peranti ini mampu menyejukkan badan pemakainya sehingga 13 darjah sélsius pada hari panas. Manakala pada hari yang sejuk pula ia mampu meningkatkan suhu badan sehingga 8 darjah sélsius.

Reon Pocket boleh dikawal menerusi peranti iOS atau Android dan mampu beroperasi sehingga 24 jam pada setiap kali ia dicas penuh.

Peranti Reon Pocket ini sudah pun mula dijual pada harga antara 12,760 Yen (RM483) hingga 19,030 Yen (RM720). Tetapi buat masa ini ia hanya dijual untuk pasaran Jepun sahaja.

Sumber: Gizmodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY