Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Memperkenalkan Peranti Muzik Klasik ‘Sony Walkman’ Di IFA 2019

Sony Memperkenalkan Peranti Muzik Klasik ‘Sony Walkman’ Di IFA 2019

Diterbitkan September 6, 2019 · Dikemas kini September 6, 2019 oleh ariff bukhari

Sempena meraikan ulang tahun ke-40 ikon peranti pemain muzik Sony Walkman.

Sony di pameran elektronik IFA yang sedang berlangsung di Berlin Jerman telah memperkenalkan peranti ikonik pemain muzik terbaru mereka menerusi Sony Walkman Edisi Ulang Tahun Ke-40.

Cuma bezanya Walkman ini adalah ia tidak lagi memainkan kaset lagu seperti dulunya. Sebaliknya ia dilengkapi dengan kaset khas sebagai antaramukanya yang disertakan bersama. Juga peranti ini dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi dan aplikasi Android untuk penstriman muzik.

Edisi Ulang Tahun Ke-40 Sony Walkman ini didatangkan dalam kotak khas serta logo istimewa yang diinspirasikan dari rekaan versi pertama Sony Walkman.

Sony Walkman
Kredit: Sony

Selain itu ia turut dilengkapi dengan skrin HD bersaiz 3.6 inci, sambungan USB-C untuk pengecasan serta bateri yang membolehkan Walkman ini beroperasi selama 26jam.

Setakat ini belum ada pengumuman rasmi bilakh ia akan ditawarkan tetapi ia dilaporkan akan mula berada di pasaran Australia dalam bulan Disember tahun ini dan berharga AUD599 (sekitar RM1,700).

Sony Walkman pertama kali diperkenalkan pada tahun 1979 dan terus berevolusi menyokong teknologi terkini. Malah peranti pemain muzik yang pernah menjadi ikon industri muzik ini masih ditawarkan sehingga ke hari ini.

Sumber: CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY